Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) MIC mendakwa, syarat-syarat yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui Majlis Tertinggi BN.<br /><br />Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran dalam pandangan peribadinya berkata, selepas mesyuarat terakhir pada 22 November lalu, Majlis Tertinggi BN tidak pernah memanggil sebarang mesyuarat untuk membuat keputusan secara bersama.
